Peta serba baharu: Kedai Pajak Gadai Hades!

Kiln semakin panas dengan peta baharu: Kedai Pajak Gadai Hades!

Untuk masa terhad, peluang perlawanan di Hades adalah lebih tinggi, jadi cubalah peta baharu ini sekarang dan berhati-hati dengan langkah kamu! 

Di peta ini, kamu akan jumpa semua benda yang Hades kumpul, daripada pelbagai barangan kecil dan hiasan pelik, tetapi juga… BANYAK SANGAT LAVA. Inilah cara untuk memanfaatkan keadaan ini dengan sebaiknya:

  1. LOMPAT! Banyak platform tinggi tersedia, jadi gunakan peluang ini untuk melompat dan elakkan pergerakan lava yang turun naik. 
  2. Air ialah kawan baik kamu: Air bukan sahaja membantu kamu memadamkan Kiln musuh, tetapi juga membolehkan kamu mencipta platform sementara di atas lava untuk melindungi kaki spirit kamu!
  3. Dan jangan lupa untuk kekal terhidrat! Air yang kamu bawa boleh melindungi kamu daripada terbakar oleh lava — tetapi hanya untuk sementara! Gunakan masa itu untuk kembali ke tempat selamat.

Kami harap kamu berasa seronok dengan peta baharu ini dan jangan lupa tinggalkan maklum balas di Discord kami! Semoga berjaya di dunia Hades…